Tentang Iblis.

Terdapat beberapa kenyataan tentang Iblis di dalam al-Qur'an, antaranya seperti berikut:

2:34. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang-orang yang tidak percaya (kafir).
7:11. Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.
15:28. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Sesungguhnya, Aku mencipta seorang manusia daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk,
15:29. Apabila Aku telah membentukkannya, dan menghembuskan Roh-Ku ke dalamnya, jatuhlah kamu dengan bersujud kepadanya.
15:30. Kemudian para malaikat sujud, kesemuanya.
15:31. Kecuali Iblis; ia enggan untuk menjadi antara orang-orang yang sujud.
15:32. Berkatalah Dia, "Wahai Iblis, apakah sebabnya kamu tidak bersama orang-orang yang sujud?"
15:33. Berkata, "Aku tidak akan sujud kepada makhluk yang Engkau cipta daripada tanah liat yang kering, daripada lumpur yang dibentuk."
15:34. Berkata Dia, "Maka keluarlah kamu darinya; kamu adalah direjam,
15:35. Ke atas kamu laknat hingga Hari Agama (Pengadilan)."
15:36. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
15:37. Berkata Dia, "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan,
15:38. Hingga hari, waktu yang diketahui."
15:39. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, oleh kerana Engkau telah membuat aku bersalah, aku akan menampakkan semuanya indah bagi mereka di bumi, dan aku akan membuat mereka bersalah, kesemuanya,
15:40. Kecuali hamba-hamba Engkau, antara mereka, yang tulus."
17:61. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"
18:50. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia adalah daripada jin, dan ia melakukan kefasiqan terhadap perintah Pemeliharanya. Apa, adakah kamu mengambil ia dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat) kamu, selain daripada Aku, sedang mereka adalah musuh bagi kamu? Betapa buruknya pengganti bagi orang-orang zalim!
20:116. Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia enggan.
26:95. Dan tentera Iblis, kesemuanya.
(Dicampak ke dalam Jahim)
34:20. Iblis mengesahkan sangkaannya terhadap mereka, dan mereka mengikutinya, kecuali segolongan daripada orang-orang mukmin.
34:21. Dan ia tidak ada kuasa terhadap mereka, melainkan supaya Kami mengetahui orang yang mempercayai akhirat daripada orang yang dalam keraguan padanya. Pemelihara kamu Penjaga atas segala sesuatu.
38:74. Kecuali Iblis; dia menyombongkan diri, dan termasuk orang-orang yang tidak percaya (kafir).
38:75. Berkata, "Wahai Iblis, apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud kepada apa yang Aku telah cipta dengan tangan-Ku Sendiri? Adakah kamu menyombongkan diri, atau kamu termasuk orang-orang yang tinggi?"

"Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.
Berkatalah Dia, 'Apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud ketika Aku memerintahkan kamu?" Berkata, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.'
Berkata, 'Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang yang direndahkan.'
Berkata, 'Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan.'
Berkata, 'Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan.'
Berkata, 'Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk memerangkap mereka di jalan Engkau yang lurus, Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka berterima kasih.'
Berkata, 'Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sungguh Aku akan memenuhi Jahanam dengan kamu semua.'
'Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim.'" (7:11-19)
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis. Ia berkata, 'Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?'
Berkata, 'Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau memuliakan di atas aku - jika Engkau memberi tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit.'
Berkatalah Dia, 'Pergilah! Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!
Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!' Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan.
'Sesungguhnya kepada hamba-hamba-Ku kamu tidak ada kuasa.' Cukuplah Pemelihara kamu sebagai wakil." (17:61-65)


Alangkah Indahnya Ujian Ini.

Hidup ini tidak bermakna tanpa ujian dari Mu ya Allah. Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku lalui ujian Mu. Moga mengalir keberkatan dalam hidup ku, untuk bertemu dengan Mu. Betapa nikmatnya melalui ujian hidup ini, andai aku bersama rahmat Mu. Namun begitu, cubaan dari Mu haruslah bersama titisan redha Mu. Jangan biarkan diri ku tanpa redha Mu.....

Pertama Di Sini

Tika begini,
Aku juga mengerti,
Perasaan ku terganggu,
Malam penuh dengan bintang,

Indah khabar rupa mu,
Menawan setiap waktu,
Apa lagi yang dinantikan,
Bukan bertepuk sebelah tangan,


Hasrat ku harap,
Akan aku pastikan sampai tujuan,
Berarak mendung hitam,
Berlagu sepi semalam,

Aku hanya seorang insan,
Tidak mampu kajaiban,
Jika tiada panduan,
Akan aku tersesat jalan,

Sejernih kasih,
Selembut sinar mutiara,
Melayan kau yang lembut,
Tidak dapat aku melupakan,


Sentuhan kasih irama merdu,
Dalam dakapan erat,
Suara yang berbisik,
Bagai gelora menghempas pantai,


Aku hanya seorang insan,
Tidak mampu keajaiban,
Jika perlu aku tinggalkan,
Demi relakan kebenaran,


Indah dalam kenangan,
Ketika berada aku terkenang,
Harapan pada kenangan silam,
Punca segala erti kehidupan,

Jiwa yang gelora,
Pasrah aku tenang,
Demi ketenangan,
Akan aku ciptakan.